
Ramadhan bakal tiba! Jom dapatkan kurma premium sempena Ramadhan kali ini.
Rasulullah SAW menggalakkan berbuka dengan kurma. Dalam hadis:
“Rasulullah SAW berbuka dengan beberapa butir kurma sebelum solat. Jika tidak ada kurma, maka dengan air.” (HR Abu Dawud)
Ini menunjukkan keberkatan dan kepentingan kurma dalam ibadah puasa.
Kurma Ajwa mempunyai kelebihan istimewa berbanding jenis kurma yang lain terutamanya dari segi keutamaan agama, khasiat kesihatan dan rasa. Namun, kelebihan paling utama kurma Ajwa adalah keistimewaannya di dalam Islam.
Kurma Ajwa disebut dalam hadis Nabi sebagai kurma yang mempunyai perlindungan khusus:
~ Barang siapa yang makan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, maka pada hari itu dia tidak akan terkena racun atau sihir. (HR Bukhari & Muslim)
Ini menunjukkan kelebihannya sebagai makanan sunnah dengan keberkatan tersendiri.